Tuesday, March 9, 2010

sayonara APIUM ku..

Rupa-rupanya beginilah perasaan yg akak2 sem lps rasai..gembira + sedih pon ade gak bila diri ini telah tamat m'habiskan pengajian di bumi tarbiyah nilam puri yg t'letak di bumi serambi mekah..insyaALLAH pencarian ilmu ku ni akan ku istiqamahkan di UM,KL plak..inilah detik2 yg dinanti2...rasa xsbr nk jejakkan kaki kat main campus tu akan tetapi diri ini msih kurang bersedia utk m'hadapi cabaran dunia yg semakin hebat namun aku hanya b'pegang dgn satu kata2 yg boleh menyedarkan diriku iaitu "AWAS!SELANGKAH MENCARI KEREDHAAN TUHAN,AKAN DIHALANG DENGAN BERBAGAI UJIAN,GODAAN, DAN TENTANGAN.HANYA KEIKHLASAN SAHAJA MENJADI BEKALAN."sedar x sedar diriku ini sebenarnya sudah dewasa cuma hati kecil ini masih berbisik diriku masih muda...hakikatnya sudah dewasa tp b'jiwa kebudak-budakan..namun aku selesa dgn perwatakanku ini..setelah hampir 2 tahun aku menuntut di bumi tarbiyah ini..jiwaku terus terdidik dgn ilmu2 agama yg mantap sebagai makanan rohaniku...barulah aku menyedari bahawa ALLAH memilih aku adalah bersebab..salah satunya kerana takdirnya aku ditempatkan walaupun jiwaku b'teriak utk masuk ke matrik perak sebelum aku menerima tawaran ke sini...namun sebab yg paling besar adalah utk m'jlnkan tanggungjawabku sbg seorng dai'e..barulah aku menyedari besarnya,bebannya,dan beratnya untuk memikul tanggugjawab ini..itulah hakikat manusia dicipta utk m'jd seorang khalifah di muka bumi Allah ini..Alhamdulillah Ya Allah kau telah buka pintu hatiku ini utk mengabdikan diri kpdMU...Ya Allah kau berilah kelapangan hati dan ketenangan jiwa agr aku sentiasa kuat walau dicaci,dikeji dan dicemuh selama mana aku berjuang utk menegakkan kalimahMu Ya Allah...Ya Allah jika tanggungjawab yang aku pikul ini merupakan ujian bg aku kau permudahkanlah sgl urusanku dan jika tanggungjawab yg aku pikul ini adalah bala drpdMu,maka kau ampunkanlah dosaku.. JIHAD KU FI SABILILLAH=)
PESANAN WAT KAWAN2 SUME "BAWALAH ISLAM ITU KEMANA SAJA WOKAY"

No comments:

Post a Comment