Thursday, December 1, 2011

~Penghijrahan Membawa 1001 Erti Sebenar Kehidupan~

Salam takziah buat diriku dan rakan2 sehousemate ku...
Ujian yg kte hadapi benar2 mengajar kte untuk menjadi lebih matang dalam hidup di dunia yang sementara ini...Redhakanlah sgl perbuatan makhluk yang telah menganiaya kte..Ikhlaskanlah diri kte dlm berterusan melaksanakan suruhan-Nya krn Allah sayangkan kte..tujuannya hanya 1 utk kte lebih mendekatkan diri kpd-Nya...dan yang paling penting sabar dlm menempuhi setiap ujian itu krn Allah tahu kte mampu dan mempunyai kekuatan utk hadapi ujian ini...Sungguh kesabaran itu adalah ubat untuk kte merasai nikmat dari-Nya yg tidak ternilai...ini krn tidak semua org beruntung utk memiliki dan merasai nikmat yg kte dapat, justeru ujian ini benar-benar menggertak jiwa ini menilai erti syukur yg tidak terkata sehingga tidak dpt diungkapkan dgn kata2 sptmana kte bersyukur sblm ini yg hanya dikeluarkan dgn lafaz Alhamdulillah tp hakikatnya kte tiada penghayatan ats nikmat itu...Mungkin juga..jika selama ini airmata kte sukar mengalir untuk menginsafi dosa-dosa yg telah kte lakukan ketika mana hidupnya kte di dunia Allah yg semntara ,ujian ini telah membuatkan hati kte tersentak malu di hadapan-Nya disebabkan kerasnya hati..gelapnya hati..dan egonya untuk memohon keampunan dari-Nya ..sungguh br ku sedar bhw kte hanya merupakan seorang makhluk yang lemah dan hina lg tidak segan yg hidupnya hanya menumpang...tetapi tdk lg bersyukur...
Kini baruku sedar..Allah sedang merawat hati2 kte ..bersempena maal hijrah 2011 ini..benar2 membawa 1001 erti kpdku untk memahami maksud penghijrahan yang sebenar dlm kehidupan duniawi dan mengingatkan aku akan persediaan kehidupan ukhrawi yg kte tdk dpt jangkakan bile nya tiba giliran kte...
Tatkala aku memuhasabah diriku...br ku sedar ya Allah...besarnya tanggungjawabku...bukan sahaja menjadi seorang anak yg solehah,pelajar yang berdedikasi..malah aku ini adalah seorang Daie..sungguh aku berusaha utk memenuhi kesemua taklifan ini dgn baik.. hatiku benar-benar tersentak apabila mentadabbur surah Luqman..ayat 11 Allah telahpun berfirman bhw sebenarnya orang2 yg zalim itu berada dalam kesesatan yg nyata..ayat 12 pula sungguh telah kami berikan hikmah kpd Luqman iaitu"bersyukurlah kpd Allah" brg siapa yg bersyukur kpd Allah maka sesungguhnya dia bersyukur utk dirinya sendiri dan brg siapa tidak bersyukur (kufur)mka sesungguhnya Allah Maha Kaya ,Maha Terpuji...diteruskan dgn ayt ke-13 yg mana menyatakan bhw mempersekutukan Allah adalah kezaliman yg besar..MasyaAllah T_T adakah ak tergolong dlm golongan ini Ya Allah...ampukan ak Ya Allah...
ayt ke-14 mengingatkan kte agr berbuatbaik kpd ibu bapa ...hargai sgl pengorbanan mrk yg telah bersusah payah krn kte...(tanggungjawab seorang ank) seterusnya ayat ke-15 menyatakan sekiranya mrk menyuruh kamu mempersekutukan Allah maka jgnlah kamu mentaatinya..
ayat ke-15 hingga 16 menyedarkan akan tanggungjwbku bkn shj seorg ank malah seorang daie yang mana ak rasakan berdosanya ak jika melepaskan tanggungjwb ini ...yang mana menyebutkan bhw jika ada sesuatu perbuatan seberat biji sawi dan berada dalam batu atau di langit atau di bumi nescaya allah akan memberinya balasan ,Sungguh Allah Maha halus..kemudian ditegaskan dgn perintah laksanakan solat dan suruhlah manusia berbuat yg makruf dan mencegah berbuat mungkar dan bersabarlah terhadap apa yg menimpamu..sesungguhnya yg demikian itu termasuk perkara yg penting...(sungguh aku tedengar bisikan hatiku yang merasakan ujian yg kte hadapi ini ada kaitan dgn ayt ini..bermakna benarlah bhw Allah akan menjanjikan balasan utk hambanya itu sabrlah rakan-rakanku bhw Allah Maha Mengetahui sglnya)
maka ak redha..apabila Allah berfirman dlm ayat 20 iaitu;tidakkah kamu memperhatikan bhw Allah telah menundukkan apa yg ada di lngit dan bumi utk kepentinganmu dan menyempurnakan nikmat-Nya untukmu lahir dan batin.Tetapi di antara manusia ada yg membantah ttg keesaan Allah tanpa ilmu,atau petunjuk dan tanpa kitab yg memberi penerangan...
kini ak hanya mmpu utk berbuat spt yg dinyatakan dlm ayat ke-22
"dan brg siapa berserah diri kpd Allah,sdg dia org yg berbuat kebaikan,maka sesungguhnya dia telah berpegang kpd buhul(tali) yg kukuh.hanya kpd allah kesudahan segala urusan"
rakan-rakanku ayuh kte hayati 3 perkara utama yg kte perlu take note...
*REDHA *SABAR *IKHLAS

sekian nukilan kesedihanku menghadapi proses penghijrahan utk tahun ini...sesungguhnya ia memberi 1001 hikmah untuk kte memulakan hidup baru...

Sunday, October 23, 2011

:::Bicara tentang Jodoh :::

10 Petanda Si Dia Jodoh Kita

Gunakan Seluruh Pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui si dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah swt mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan si dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri.” Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang Maha Berkuasa.

10.Solat Istikharah Dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah swt. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjuk Nya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepada Nya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

[Ditulis oleh Hj Abdul Samad]-mntk share..huhu

Disertakan juga doa pendekat jodoh sbg satu ikhtiar utk mencapai sesuatu yg kita diimpikan~
1st-Al-Fatihah dulu

2nd-"Ya Allah jadikanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dikasihi pd hati2 merekayang beriman & gembirakanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dengan kekayaan seratus dua puluh kebaikan .Allah adalah sebaik2 pemelihara & Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.

3rd-doa abah ajar:Ya Allah Ya Tuhanku..kurniakanlah bagiku jodoh (lelaki/perempuan) yang beriman,beramal soleh yang dapat membimbingku dgn penuh keikhlasan ketika umurku(....)
Ya Allah,sesungguhnya aku mohon Engkau memilihkan mana yang baik berdasarkan pengetahuan-Mu,dan aku mohon keupayaan dgn kudrah-Mu dan aku memohon kurniaan-Mu yg amat besar,sesungguhnya Engkaulah yg berkuasa ak tidak berkuasa Engkaulah yg mengetahui sdnh ak tidak mengetahui dan Engkau Maha Mengetahui segala yg ghaib.
Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini baik untukkku dalam soal agama,kehidupan dan kesudahanurusanku,dan dlm masa terdekat atau masa panjang,maka takdirkanlah ia untukku serta mudahknlah ia bagiku,kemudian berkatilah untukku padanya.
Ya Allah jika Engkau mengetahui bhw urusan ini buruk bagiku dlm soal agama,kehidupan dan kesudahan urusanku,dan dlm masa terdekat atau masa panjang,maka hindarkanlah ia dariku dan hindarkanlah ak darinya serta takdirkanlah untukku kebaikan dlm apa jua,kemudian timbulkan rasa redhaku dengannya..Kabulkanlah segala doa dan hasratku ini Ya Allah..wasalallahu ala saidina muhammad wa ala alihi wa sohbihi ajmain..walhamdulillahi rabbil alamin..
Ameen Ya Rabbal alameen...


Friday, July 22, 2011

edisi khas..tempahan biskut raya!!!

salam ramadan al-karim....

Diam tak diam lg seminggu je kte nk pose...arini dh 20 syaaban..aduhai..pantasnya masa berlalu...mesti masing2 dh tak sabar nk buat ibadah bnyk2 tyme buln pose nnt...mcm2 ganjaran kte nk rebut dr sekecil-kecil amalan hinggalah yg sebesar-besarnya...

Di samping kte menghidupkan bulan ramadhan yg akn tiba..semestinya kte dh mula berfikir sambutan utk menyambut syawal pula...jadi...di kesempatan ni...hehe nk promot sikit BISKUT RAYA...ngeh3 =)

Kebanyakkan mak2 yg ade di luar sne msti dh mula bertanyakan pndpt drpd ank2nya adakah kueh raya tahun ini kte beli ataupun buat je sendiri...bg ank2 yg rajin mcm sy akn memberi respon.."buat sendiri la mak..saya pun ngh cuti neh..bosan xde kje"..bg ank2 yg bersikap sebaliknya akn menjwb begini..."mak..kte tunjuk2 je..kwn saya mak bisnes kueh raya,boleh tahan gk rasanyer..klu mak stuju sy bleh tempahkan..mak sediakan wang kecil je..sebalang rm10 je..murah tu..huhu"

begitulah ragam anak2 muda skrng..tp sy mmg like sgt2 respon yg ke-2 tu...
sbb...."sy adalah kawan kpd anak mak yg malas tu"..hahaha
merangkap tokey biskut raya..kui3
setakat ni nk promot 4 jenis je yg termampu buat utk diambil tempahan...

terimalah biskut yg pertama~


biskut tart nanas JS ni yg paling istimewa sbbnyer jemnyer dibuat daripada nanas yg ditanam hasil titik peluh familyku beberapa bulan yg lalu...n kteorg mmg sje buh "TART NANAS JS" bersempena nama tmpt ladang nanas tu..JOHAN SETIA,klang
setakat ni..mmg dpt sambutan yg hangt gk...kteorg jual biskut je tp ade pulak yg nk tmpah jem..aduiii...terpaksalah buat jugk :(

biskut yg ke-2 pula ialah......

nama nyer agk pelik sedikit...dh xde idea benornyer...
rasanyer pula ala2 cookies famous amos yg ade dipasaran...mmg ramai yg ingin mencubanyer...

seterusnyer..biskut yg ke-3 pula

nmpak mcm biskut biasa je...bila dh tergigit pasti terpikat dgn gabungan nestum yg rangup beserta potongan ceri yg menyatukan rasa yg begitu serasi...hehe
ade jugk org yg jatuh hati setelah mkn biskut ni lalu terus bertnyekn resepiner dgn cara pm tu..konon nk try buat sndiri kat umh..hoho

then..yg terakhir adalah...
ini merupakn biskut wajib setiap kali raya..kira biskut trun temurun gk la...klu xde biskut ni mmg rse mcm xraya...inilah biskut yg paling simple nk buat...ade yg kata makan 1 jd taik gigi je.. senang cter xpuas..klu nk mkn xleh benti..besenyer biskut ni buat 2 -3 ari nk rye br buat klu x menjelang raya tinggal bekas kosong..huhu

inilah sje biskut yg dpt kteorg komersialkn..jika ade sesiapa yg bermint boleh la...rasa sebalang....rm10 je..dh bleh terus mkn xpayah sush2 jaga oven..betul x??

Di kesempatan ini juge kami ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kpd seluruh umat islam di dunia..."anggaplah setiap ibadah yg kamu tunaikan adalah ibadah yg terakhir bg kamu..nescaya kamu akan jalankn ibadah tersebut dgn seikhlasnyer krn Allah disamping merebut ganjaran hebat"..banyakkan berzikir,baca quran,solat sunat,sedekah,qiamulail ,tinggalkan sgl perkara yg boleh membatalkan puasa dan jauhi maksiat pd bulan yg mulia itu..

~WASSALAM~


NUKILAN IKHLAS DRPD TOKEY BISKUT....DIL..DIB :)

Saturday, July 2, 2011

xde keje...


assalamualaiku..kum ape?combat..bat ape?batman...teringat main tyme kecik2 dulu :)

apabila cuti sem bermula....xtentu arah dibuatnyer...mcm2 projek yg difikirnyer...tp belum tentu menjadi...urmm..konon2 nk blaja catering...konon2 nk wat bisnes..konon2 nk jd ustazah pilihan...konon2 nk bertunang..eh2 xjd la..lmbt lg..hehe



setelah beberapa minggu menganggur bersama akakku dba yg br je bergelar graduasi telah bersepakat utk wat bisnes kueh raye...akhirnyer...terubat juge kebosanan seorang penganggur yg ade masa dpn neh..sebelum memulakan bisnes kteorg telah mengisi mase lapang dgn aktiviti yg menarik...org kata,,amik "mood dlu" lalu kteorg pn menonjolkan bakat dan kekreatifan yg ade dlm diri setiap yg bergelar wanita..hua3 dgn sokongan kedua org tua yg begitu bangga memiliki ank spt kteorg..haha



mak pon mmg support la idea kteorg neh...dgn tak semena-mena mak bg modal tu utk projek kteorg..abah plak setuju nk memasarkan produk kteorg ke seluruh pelusuk...urmm..pelusuk ape ye..ala senang cter kat kwn2 1 ofis la...begitu juge kak long n abg ayop...lega hati kteorg...

aku plak punyer la semngt...nk buat 1 blog khas tuk bisnes kteorg yg br hangat2 neh...mntk2 bkn la sekadar hangat2 taik aym..busuk jew...huhu

ape pun..bile kteorg kabo ke sedare mare ttg projek neh...dieorg terus wat temphn...rezeki tu..br amik temphn sedare mare..lom lg kwn2..jiran2..n org len...mne nk cri pkerja neh???huhu

xpe2 rasanya sume bisa diatur...ape pun kte layan mood kte dlu sblm wat bisnes yg "maju" tu...dgn ini..terciptalah pelbagai resepi hasil ciptaan kteorg yg sungguh mengiurkan..hehe

terimalah....

RESEPI 1...JENG..JENG..JENG


RESEPI KE-2...










MASING2 nk cari populariti dgn pizzanyer tu....ish3

seterusnye...RESEPI KE-3..COOKIES mamamurai....haha
nmpknyer" mood" yg kte cari nk hampir2 nk dpt dh....perkembangan yg sungguh baik sekali..




rasanya...sebiji mcm famous amos...hehe
xcaya cubala sendiri!!!pasti nk lg...

LIHAT!!!!
telah terbukti nisbah cookies yg dimasukkan kedlm mulut lg bnyk drpd yg dimasukkn ke bekas...sungguh teruja...
sekian saja resepi yg sempat ditangkap gmbrnyer sbg dokumentasi...

hah..utk dptkn "mood" yg baik..mak abah ajk g bercuti ke kuala terengganu...
bersiar2 mencari ketenangan sambil menikmati keindahan ciptaan Illahi...:)
abes dh cter...dlm proses nk siapkn blog pemasaran pulak..nantikan blog br sy..daaa