Friday, April 29, 2011

ting tong...ting tong...SALAM MAHABBAH....


Salahkah aku bercinta???

Semakin usia meningkat dewasa keinginan nafsu untuk disayangai dan menyayangi muncul

secara tiba-tiba dalam jiwa walaupun tak dirancang..kenapa begitu??? rupa-rupanya naluri jiwa

manusia juga memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan.

Jadi salahkah kita bercinta???

Kerana cinta adalah satu anugerah,kerana cinta adalah fitrah...

jika kita katakan salah...kenapa Tuhan mengurniakan rasa cinta terhadap hambanya???

Namun begitu,kurniaan cinta Allah itu terkandung matlamat dan peraturan demi menjaga kemurniaannya..

Bak kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi...
"Fitrah perlukan hidayah,jika tidak ,fitrah akan jadi fitnah".


Bagi yg baru,sedang ataupun telah bercinta beberapa peraturan penting ingin dikongsi agar dapat melahirkan sebuah cinta yang bermatlamat dan terpelihara sepertimana cinta kita kepada Pencipta cinta.


* Peraturan utama yang patut dipatuhi ialah hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta kepada Allah,ini bermakna biarlah cinta kita itu diniatkankerana mahukan keredhaan Allah kerana fitrah cinta itu dikurniakan kepada kita agar kita selalu menghampirkan diri kepada-Nya.Dengan cara iringilah dengan niat untuk bernikah secara sah kerana pernikahan itu lebih memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya.

Sabda Nabi S.A.W: "apabila seseorang itu berkahwin,sempurnalah separuh agamanya,tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .

Justeru,jika niat hanya utk bersuka-suka tanpa bermatlamat lebih molek ditangguhkan percintaan itu kerana sudah pasti cinta itu bukan kerana Allah yang akhirnya akan membawa kepada kesengsaraan pd diri..


* Peraturan seterusnya, pastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tiada hukum Allah yang dilanggar.ini bemaksud pelihara hubungan cinta itu jangan sampai terjerumus dlm perkara yang melalaikan dan mensia-siakn diri krn kebanyakkan akan mengeluh lalu berkata:"cinta apa namaya kalau tak ade dating,gayut lama-lama,surat cinta,sms romantik,berpegangan tangan ,senyuman dll"..hakikatnya ia adalah sebagai racun yang bakal menjadi perosak kepada diri.Justeru,yakinlah bahawa tiada keindahan dalam bercinta dgn melanggar peraturan Allah.


* Peraturan terakhir adalah cinta suci tanpa racun .peliharalah cinta kita dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Allah kerana bilamana kita dapat merasai keindahan bercinta itu tulus sepertimana kita yakin bahawa segala peraturan itulah keindahan cinta Allah terhadap hambanya maka itulah yg dinamakan fitrah cinta adalah anugerah yang amat bernilai seperti percintaan Nabi Adam dan Siti Hawa.


"Ya Allah berikanlah cinta-Mu kepadaku,

Jadikanlah orang yang mencintai-Mu mencintai aku,

dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaan-Mu"

No comments:

Post a Comment