Tuesday, May 18, 2010

Kelebihan & kekurangan Wanita

Hadis Abdullah bin Umar r.a:

Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam telah bersabda:

“ Wahai kaum wanita, bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar, yaitu memohon ampun. Karena, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka."

Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya:" Wahai Rasulullah, mengapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?"

Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam bersabda: "Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal daripada golongan kamu."

Wanita itu bertanya lagi:" Wahai Rasulullah, apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?"

Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam bersabda:" Maksud kekurangan akal ialah penyaksian 2 orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan sembahyang pada malam- malam yang dilaluinya dan berbuka pada bulan Ramadhan karena haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama."(Hadis Sahih Muslim)

Namun begitu, Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam juga bersabda:

“Seorang wanita yang mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya.” (Riwayat Abu Nuaim)

Buat sahabat muslimahku,

Beruntunglah Allah menjadikan kita sebagai seorang wanita…begitu mudah untuk masuk syurga…namun kenapa kaum kita juga yang lebih ramai di neraka…

Mari kita renungkan bersama…semoga kita semua tidak mensia-siakan nikmat yang Allah beri kepada kita sebagai WANITA…

Siti Aisyah pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tidaklah seorang wanita yang didatangi haid kecuali haidnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidnya, dia membaca ‘Alhamdulillahi ‘alakulli hal waastaghfirullaha min kulli zanbin’, maka Allah s.w.t menetapkan baginya bebas daripada neraka, dengan mudah melalui sirat, aman daripada siksa, bahkan Allah s.w.t mengangkat ke atasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepada Allah s.w.t selama haidnya.”

No comments:

Post a Comment